Me + Hubby = Damia

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, August 27, 2009

Wednesday, August 26, 2009

I'm So BoReD...!!!




Huhuhu....rasa mengantuk n boring plak. Tetiba je rasa melukis cartoon yakni character spongebob n pren sbb dah lama rasanye aku meninggalkan minat aku yang satu nie. Waktu Sek.Ren dulu, aku sgt aktif melukis sampai cikgu pilih masuk competition. Pernah la merasa naib juara gitu. Tapi waktu tu aku bnyk terlibat dengan melukis poster dan logo. Kat Sek. Men plak aku lebih tertarik utk melukis potret wajah manusia. Still aktif masuk pertandingan melukis. Pun merasa naib juara dan seingat aku waktu tu aku lukis muka Ketua Mentari Melaka ( tahun 1998). Seronok sebenonye melukis nie. Dapat hilangkan stress....dan sebagainye. Ye la...masing2 ada minat sendiri kan....dan bila dah minat, pasti apa yang kita buat akan menjadi.

Sebenarnye...aku x nak pun ambil Accounting masa buat diploma n degree dulu, aku lebih minat nak buat Graphic dan aku dah diterima pun masuk UiTM. Tapi apakan daya.....ayahku tidak merestui. Huhuhu....Sedih gitu..!!! Last2 dapat buat Accounting kat tempat yang sama. Tapi aku sentiasa BERSYUKUR ke hadrat Ilahi sebab walaupun aku x dapat buat Graphic Course tu, tapi aku bahagia dan tenang dengan keadaan sekarang. So...leh la tgk sikit apa yang aku lukis walaupun x sehebat Leonardo Da vinci.

"Painting involves all ten attributes of sight: Darkness, Light, Solidity and Color, Form and Position, Distance and Nearness, Motion and Rest. This tiny treatise of mine will be only a brief study of these attributes of sight, for the purpose of reminding the painter of the rules and methods which should be used in her art in the project of imitating all the adornments and works of Nature. . . ."

Wednesday, August 19, 2009

H1N1.....(i'm so worry!!!)

2 weeks ago adalah minggu yang memenatkan n menakutkan. First week after bwk adik ipar pegi KLIA (dia posting kat Sarawak), aku demam dan sakit kepala yang agak teruk, batuk dan jgk selesema. Takutnye x terkira masa tu al-maklumla...waktu tu H1N1 tengah hebat menyerang malaysia nie kan.

Seminggu lepas tu....Damia plak demam panas. Aku agak la panic sebab waktu tu Hubby kat Kelantan. Lepas amik Damia dari rumah baby-sitter, terus bwk g klinik Mesra. Dr. plak cakap dia akan buat surat n refer ke HOSPITAL SERDANG (Kecemasan) sebab takut la kalau kena H1N1. Aku lagi la bertambah panik dan x pasal2 menangis mengenangkan anak aku yang cemonet tu agak lemah. Before nie, dia pernah la demam....tapi biasanye dia aktif macam orang sihat. Nie tetiba lembik semacam....harusla aku risau ditambah lagi dengan ketiadaan hubby di sisi. Sampai je kat bahagian kecemasan, nurse check la Damia punye temperature badan dia (38.2). Pastu tunggu punye la lama kat situ (dari kul 6.30 sampai 8.30 mlm) tetiba kawan hubby yang keje kat situ (Doktor tapi bahgn forensik) datang. Nasib baik la dia ada menyelamatkan keadaan. Masuk je dalam bilik Dr. yang bertugas tu ada seorang pompuan India sakit perut sebab baru lepas cuci=keguguran. Dia still rasa sakit perut lepas buat cuci gugur tu. Macam2 kejadian yang menakutkan kat bahgn KECEMASAN nie. Patutla nama dia "BAHAGIAN KECEMASAN DAN TRAUMA". Memang aku rasa trauma sesangat. Habis settle masalah pompuan India tu, dia terus check Damia. Banyak giler soalan yang dia tanya maklum la takut kena Virus Jahat tu (H1N1) sebab baby yang bawah umur 2 tahun berisiko tinggi untuk dapat Virus tu. so Dr. bagi ubat n minta aku observe Damia. Kalau dah 3 hari demam x kebah, kena dtg hospital balik ambil darah.

Alhamdulillah...dengan kuasa Allah s.w.t., Hari ketiga tu Damia dah ok. Thanks buat aunty2 Damia (Jie, Neena, Zaza) dan x lupa pada uncle Mus yang banyak membantu dan sanggup bersusah payah semasa ketiadaan papa. Jasa korang akan dikenang sampai bila2.

Dengan ini aku telah membuat kesimpulan bahawasanye....(poyo la plak ayat aku nie) Damia 'DEMAM RINDU' kat papa dia sebab masa demam tu, asyik la dok sebut "papa...papa..".