Me + Hubby = Damia

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, August 27, 2009

Wednesday, August 26, 2009

I'm So BoReD...!!!




Huhuhu....rasa mengantuk n boring plak. Tetiba je rasa melukis cartoon yakni character spongebob n pren sbb dah lama rasanye aku meninggalkan minat aku yang satu nie. Waktu Sek.Ren dulu, aku sgt aktif melukis sampai cikgu pilih masuk competition. Pernah la merasa naib juara gitu. Tapi waktu tu aku bnyk terlibat dengan melukis poster dan logo. Kat Sek. Men plak aku lebih tertarik utk melukis potret wajah manusia. Still aktif masuk pertandingan melukis. Pun merasa naib juara dan seingat aku waktu tu aku lukis muka Ketua Mentari Melaka ( tahun 1998). Seronok sebenonye melukis nie. Dapat hilangkan stress....dan sebagainye. Ye la...masing2 ada minat sendiri kan....dan bila dah minat, pasti apa yang kita buat akan menjadi.

Sebenarnye...aku x nak pun ambil Accounting masa buat diploma n degree dulu, aku lebih minat nak buat Graphic dan aku dah diterima pun masuk UiTM. Tapi apakan daya.....ayahku tidak merestui. Huhuhu....Sedih gitu..!!! Last2 dapat buat Accounting kat tempat yang sama. Tapi aku sentiasa BERSYUKUR ke hadrat Ilahi sebab walaupun aku x dapat buat Graphic Course tu, tapi aku bahagia dan tenang dengan keadaan sekarang. So...leh la tgk sikit apa yang aku lukis walaupun x sehebat Leonardo Da vinci.

"Painting involves all ten attributes of sight: Darkness, Light, Solidity and Color, Form and Position, Distance and Nearness, Motion and Rest. This tiny treatise of mine will be only a brief study of these attributes of sight, for the purpose of reminding the painter of the rules and methods which should be used in her art in the project of imitating all the adornments and works of Nature. . . ."

Wednesday, August 19, 2009

H1N1.....(i'm so worry!!!)

2 weeks ago adalah minggu yang memenatkan n menakutkan. First week after bwk adik ipar pegi KLIA (dia posting kat Sarawak), aku demam dan sakit kepala yang agak teruk, batuk dan jgk selesema. Takutnye x terkira masa tu al-maklumla...waktu tu H1N1 tengah hebat menyerang malaysia nie kan.

Seminggu lepas tu....Damia plak demam panas. Aku agak la panic sebab waktu tu Hubby kat Kelantan. Lepas amik Damia dari rumah baby-sitter, terus bwk g klinik Mesra. Dr. plak cakap dia akan buat surat n refer ke HOSPITAL SERDANG (Kecemasan) sebab takut la kalau kena H1N1. Aku lagi la bertambah panik dan x pasal2 menangis mengenangkan anak aku yang cemonet tu agak lemah. Before nie, dia pernah la demam....tapi biasanye dia aktif macam orang sihat. Nie tetiba lembik semacam....harusla aku risau ditambah lagi dengan ketiadaan hubby di sisi. Sampai je kat bahagian kecemasan, nurse check la Damia punye temperature badan dia (38.2). Pastu tunggu punye la lama kat situ (dari kul 6.30 sampai 8.30 mlm) tetiba kawan hubby yang keje kat situ (Doktor tapi bahgn forensik) datang. Nasib baik la dia ada menyelamatkan keadaan. Masuk je dalam bilik Dr. yang bertugas tu ada seorang pompuan India sakit perut sebab baru lepas cuci=keguguran. Dia still rasa sakit perut lepas buat cuci gugur tu. Macam2 kejadian yang menakutkan kat bahgn KECEMASAN nie. Patutla nama dia "BAHAGIAN KECEMASAN DAN TRAUMA". Memang aku rasa trauma sesangat. Habis settle masalah pompuan India tu, dia terus check Damia. Banyak giler soalan yang dia tanya maklum la takut kena Virus Jahat tu (H1N1) sebab baby yang bawah umur 2 tahun berisiko tinggi untuk dapat Virus tu. so Dr. bagi ubat n minta aku observe Damia. Kalau dah 3 hari demam x kebah, kena dtg hospital balik ambil darah.

Alhamdulillah...dengan kuasa Allah s.w.t., Hari ketiga tu Damia dah ok. Thanks buat aunty2 Damia (Jie, Neena, Zaza) dan x lupa pada uncle Mus yang banyak membantu dan sanggup bersusah payah semasa ketiadaan papa. Jasa korang akan dikenang sampai bila2.

Dengan ini aku telah membuat kesimpulan bahawasanye....(poyo la plak ayat aku nie) Damia 'DEMAM RINDU' kat papa dia sebab masa demam tu, asyik la dok sebut "papa...papa..".

Friday, July 10, 2009

Ramadhan Bakal Menjelma...

Sekejap je masa berlalu. Next month dah nak pose. Walaupun perkara nie dah biasa setiap tahun, tapi setiap tahun tu lain perasaannye. Tahun lepas berpuasa dengan Damia yang masih kecik cemonet (9 bln kalau x silap). Tahun nie dia dah setahun setengah. So, mesti byk ragam dia yang mama dan papa kena bersedia dari sekarang. Bulan pose nanti, kalau boleh setiap hari nak masak jer. Lagi sedap dan lebih puas hati. Last year pun aku masak sebab dah serik tahun sebelum tu dok beli kat bazar Ramadhan tapi hampeh jer....x sedap pun dan sgt byk membazir. x sabar rasenye nak tunggu bulan pose nie...Huhuhu...

Monday, June 29, 2009

Damia....."Drama Queen"





Damia memang budak yang sgt pandai belakon. Kalau menangis selalunye buat2 jer. Saja nak dpt perhatian dr aku n hubby. Biasa la budak kecik kan??? Sampai one of my hubby's friends ckp damia nie..."DRAMA QUEEN". Hahaha...agak lucu gelaran tu utk damia yg cemonet tu. Tapi apakan daya itu la realiti nye... Ape yang penting, Damia sgt suka kawan dgn Mummy Neena, Aunty Zaza, Bunda Jie dan jugak Aunty Nana. Kalau g umah diaorg...damia akan gumbira n behave sgt2.

Thursday, June 25, 2009

Damia...Damia...Damia...




















Huh...lama sungguh x menulis dalam blog nie. Busy sikit last 2 weeks. "Menyetel"kan akaun amanah yang dah xde duit lagi. Banyak lagi claim yang xdpt disettle kan. Nie semua sebab ramai student master (without thesis) yang tak bayar yuran. Camne la bendahari UPM nie wat keje ek?? Tapi xpe la...dah nak jadi kan, nak wat camne??

Alhamdulillah...bulan depan banyak jugak job (wedding) yang husband aku dapat. So..masuk la lg income kitorang. Nie semua untuk Damia. Ape2 benda yang kitorang buat semuanye untuk Damia yang tersayang. Bila dah ada anak nie, barula kita sedar betapa susah payah nye ibu dan ayah kita membesarkan kita dulu. Menjaga dan mendidik anak nie memang susah dan penuh dengan cabaran....lebih2 lagi di zaman yang boleh dikatakan canggih nie (Ye ker??). Teringin gak nak g bercuti ngan hubby n Damia. Maklumla tiket pegi n balik ke UK baru RM1,700 skrg nie. Tapi bila mengenagkan influenza H1N1 yang sedang menyerang nie....jadi takut plak. Kena la berwaspada kan...

Damia...Damia...dah makin membesar anak mama nie. Makin bijak dan banyak benda yang dia nak explore. Hari2 nak tengok Barney. Kalau xde Barney, nak tgk Elmo plak. Kalau dah bosan, nak tgk pocoyo plak..Kalau x pun...dia suruh bukak laptop papa n nak tgk video lagu2 yang dia suka. Macam2 Damia nie. Skrg dah pandai simpan balik toys dia lepas main. Satu perkembangan yang sgt bagus dan ditunggu2. Kalau dapat pen/pensil, confirm nak kertas lak....ye la...nak menulis kena la atas kertas kan??? Yang kagumnye...pegang pen/pensil x mcm budak kecik tp macam org dah terer menulis je n yang dahsyatnye...kedua2 belah tangan dia boleh menulis. Wah..wah..wah...

Friday, April 17, 2009

Damia Love Books












































































Our daughter LOVES her block books....such as "Alphabet", "My Body","Shapes & Colours", "Little Fish's Sea Adventure" and.........(banyak lagi x larat nak tulis). Kalau dapat selak buku....dia sgt khusyuk n kadang2 tu suruh aku ngan husband bacakan utk dia. Aku adalah dpt sikit petua daripada kawan2 mcm mana nak pupuk minat anak utk membaca. Petua dia berbunyi camni... "Every time you and your daughter share a book, you will feel more confident about telling the story and about your conversations. Your daughter will remember what is going to happen. She will wait to see the funny expression on your face, or to catch that new word or phrase that is so much fun to sign along with you. Your daughter will learn something new with every reading".

Minat Damia yg suka kat buku nie aku kesan waktu dia berumur 3 bulan lagi. Kalau aku bagi dia toys confirm dia akan tolak tepi. Tp kalau aku bagi buku......komain lagi. Dok berjam2 ngan buku pun x boring. Bila aku tahu minat Damia tu, pegi shopping kat mana2 pun mesti nak belikan buku utk dia dan skrang ni boleh tahanla collection buku Damia. Alhamdulillah....Damia dah pandai sebut huruf 'A' dan 'B' n sebulan yg lepas, dia dah pandai sebut nama dia sendiri...."MIA".

InsyaAllah....akan ku pastikan Damia akan belajar banyak perkara biar dia tahu semua benda macam 'Dora the Explorer'....!!!!

Tuesday, April 7, 2009

Does My Daughter Resemble Me...???


Our daughter looks like me??? Everywhere we go ..doctors,strangers,friends and family all keep saying "OMG (oh my god) she is like a mini mom" or " she looks so much like her mom". Of course i feel so happy even sometimes these comments are hurtful to my hubby.

Monday, April 6, 2009

5 YEARS AGO

Terkenang kembali 5 tahun lepas....iaitu sebelum aku berkahwin, mempunyai bentuk badan yang langsing sekitar 43 Kg dan hubby aku yang jugak agak kekurusan (60 Kg). Waktu tu, melantak banyak mana pun...berat badan x pernah la naik. Tapi sekarang berat badan dah semakin menaik lebih2 lagi dah beranak nie. Lepas kawin berat memang dah start naik (45 Kg) maybe sebab senang hati tinggal dengan buah hati tersayang kan!!! Sekarang nie berat badan aku telah meningkat kepada 52 Kg. Huhuhu...sedih rasanye. Tapi yang penting BMI aku masih ditahap normal (nak sedapkan hati..). Camne la aku nak dapat berat yang ok ek?? Setelah membuat pengiraan berdasarkan umur dan ketinggian, berat aku sepatutnye 45 Kg sekarang nie. Jadi, aku kena turunkan sebanyak 7 Kg lemak dalam badan aku nie.

Nie la aku dan hubby 5 tahun yang lepas

Wednesday, April 1, 2009

Damia From 1 Week - 12 Months Old

Hahaha...Diam x diam, Damia telah pun berumur 1 tahun 3 bulan bersamaan dengan 15 bulan pada 9 April nanti. Bila teringat kembali detik2 melahirkan dia aku rasa terharu sangat. Selepas je Damia selamat dikeluarkan dengan 3 kali push dari perut aku nie, dengan x pasal2 menitis air mata aku. Rasa sedih, gembira dan terharu sangat. Tak sangka dalam usia aku 26 tahun, aku telah dikurniakan seorang cahayamata. Bukan aku je yang menangis bila anak aku lahir, Husband aku pun teriak juga setelah menyaksikan betapa sakit dan sukarnye nak melahirkan Damia. So boleh la tgk koleksi gambar Damia dari umur dia seminggu sampai la 12 bulan (1 Year old)


Damia 1 month-12 months (Dari kiri ke kanan)

Tuesday, March 24, 2009

Damia's Favourite Cartoons

Wooo...dah lama giler x update blog nih!! Nak kata busy, x la busy sgt. Maklumla... nak update blog pun kena ada mood dan masa yang terluang. Sedar x sedar Damia telah pun berusia 1 tahun 3 bulan dan sekarang nie sedang bergiat aktif 'BERJALAN' sebab dia dah boleh berjalan di usia 1 tahun 1 bulan...agak lambat sedikit. Walaubagaimana pun, (huhuhu...ayat yg agak poyo) sekarang ni aku dan husband dah dapat detect movie/rancangan apa yang menjadi kegemaran Damia. Nak tahu tak....Damia paling suka menonton cartoon Pingu dan Sesame Street. Kalau pasang DVD pingu confirm dia x akan kemana-mana dan akan mengadap cite tu sampai habis. Aku rasa mungkin Damia faham tgk cite tu coz penggunaan bahasa yg sama dgn dia. Sesame Street plak....Damia sgt suka dengar lagu2 dlm rencangan tu sampai aku pun kena hafal lirik n kena karaoke lagu tu dalam kete sepanjang perjalanan pegi dan balik keje. X tau la kalau balik perak (Umah Mak tok) larat tak aku nak nyanyi sepanjang perjalanan.


Banyak benda aku kena teach Damia supaya dia tahu semuanye from A to Z. Actually...when Damia was 1 year old, i already teach her about "Discipline"(Beginning Discipline). For me, the word discipline means TEACHING not PUNISHING. Now i try to teach Damia what she can and cannot have, in a flat and factual tone with an explanation and love . Sepanjang observation aku, Damia sgt cepat belajar. First time i teach her how to drink the water dengan cara menyedut straw dlm cawan, dengan mudah dia dapat ikut. If Damia crying, i bring out one of her favourite toy or book and she will be happier with a very cute and sweet face. Aku pun rasa happy bila tgk Damia camtu....Yg menjadi masalah skrg nie...Damia x brape suka makan nasi. So...anybody have a suggestion?

Monday, January 12, 2009

Damia's Birthday





9th January 2009 is Damia's Birthday..!!! Di awal perancangan nak buat kat rumah sendiri tp setelah diberi idea oleh kawan2, kami buat di Excesla Apartment (Umah Jie,Neena,Zaza n Nana). Kebetulan diorang pun baru pindah kat situ n nak buat house warming party. Rasa sangat teruja dan seronok buat keje sesama ngan diaorang...rasa cam nak wat kenduri besar jer!!! Party nie diadakan pada 10th January 2009 (start:8.00 mlm) iaitu hari Sabtu. Jemputan lebih kurang 45 orang dan yang datang lebih kurang 35 orang. Ramai jugak kan?? Menu yang kitaorang sediakan adalah...meehun goreng, Chicken wings BBQ dan Hotdog BBQ (buat sendiri semuanya). Minuman special yang disediakan plak ialah air ROSEL. Banyak jgk lah hadiah yang Damia dapat dan banyak jugak la gambar yang dapat diambil. Yang paling penting semua orang happy dengan party tu..

Terima kasih bayak2 diucapkan kepada: Jie,Neena,Zaza,Nana,Fadh,Mus,Fizi dan Azmil kerana banyak membantu untuk menjayakan party nie.