






Wawawa....Lama rasanya x menulis dalam blog ni!! Hahaha...pada cuti Hari Raya AidilAdha, kami sekeluarga pulang ke Perak (Kg. Papa). Lama gak kami bercuti (6/12/08-12/12/08) lebih kurang seminggu la . Mula -mula planning memang nak balik KL hari khamis tengahari. Tub..tub..dapat berita mak cik papa masuk hospital. So terpaksa la tunda balik keesokkan harinye...and terpaksa la cuti emergency for friday. Pada 10/12/08 kami bercuti ke Penang (Rumah kak long). Yang bestnye...malam tu kitaorang jalan2 ke pulau Pinang and the first time mama dapat tengok n merasa naik jambatan Pulau Pinang (so excited).Malam tu mama. papa n damia dibawa ke Bukit feringgi melihat barang2 "murah" yang dijual seperti handbag, CD, baju, barang perhiasan dan banyak lagi. Keesokkan harinya (11/12/2008) , kami pegi Pulau Pinang sekali lagi sebab hajat di hati nak naik Cable Car tapi harapan kami musnah...sebab tutup (katanye renovation). So tanpa melengahkan masa, kitaorang terus la ke Kebun Bunga. Tempat yang menarik la jugak. Kata Kak long Kebun Bunga terkenal dengan monyet. So kalau pengunjung datang, pasti akan bwk makanan lebih untuk diberikan kepada monyet2 di situ. Banyak jugak la gambar2 yang sempat kami ambil. Maklum la...bila Damia menangis jer, terpaksa la pegi ke tempat yang lain. Oleh kerana lapar (belum lunch lg), kitaorang pun decide pegi Jusco Penang (kalau x silap kat Seberang Perai). Kami makan Prosperity burger kat McD dengan maklum la dah dekat 2 tahun x dapat makan. Lepas tu kitaorang jalan2 dalam jusco nampak ELMO n Friends tengah buat performance kat atas pentas. kebetulan, Afeef (cousin Damia) memang minat sgt dengan ELMO. Kami juga diberi peluang bergambar dengan ELMO n Friends. Damia pun nampak happy sangat!!!