Me + Hubby = Damia

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, January 12, 2009

Damia's Birthday





9th January 2009 is Damia's Birthday..!!! Di awal perancangan nak buat kat rumah sendiri tp setelah diberi idea oleh kawan2, kami buat di Excesla Apartment (Umah Jie,Neena,Zaza n Nana). Kebetulan diorang pun baru pindah kat situ n nak buat house warming party. Rasa sangat teruja dan seronok buat keje sesama ngan diaorang...rasa cam nak wat kenduri besar jer!!! Party nie diadakan pada 10th January 2009 (start:8.00 mlm) iaitu hari Sabtu. Jemputan lebih kurang 45 orang dan yang datang lebih kurang 35 orang. Ramai jugak kan?? Menu yang kitaorang sediakan adalah...meehun goreng, Chicken wings BBQ dan Hotdog BBQ (buat sendiri semuanya). Minuman special yang disediakan plak ialah air ROSEL. Banyak jgk lah hadiah yang Damia dapat dan banyak jugak la gambar yang dapat diambil. Yang paling penting semua orang happy dengan party tu..

Terima kasih bayak2 diucapkan kepada: Jie,Neena,Zaza,Nana,Fadh,Mus,Fizi dan Azmil kerana banyak membantu untuk menjayakan party nie.

Tuesday, December 23, 2008

CUTI2 PERAK n PENANG

Mama, Damia, Kak Long and Afee








Wawawa....Lama rasanya x menulis dalam blog ni!! Hahaha...pada cuti Hari Raya AidilAdha, kami sekeluarga pulang ke Perak (Kg. Papa). Lama gak kami bercuti (6/12/08-12/12/08) lebih kurang seminggu la . Mula -mula planning memang nak balik KL hari khamis tengahari. Tub..tub..dapat berita mak cik papa masuk hospital. So terpaksa la tunda balik keesokkan harinye...and terpaksa la cuti emergency for friday. Pada 10/12/08 kami bercuti ke Penang (Rumah kak long). Yang bestnye...malam tu kitaorang jalan2 ke pulau Pinang and the first time mama dapat tengok n merasa naik jambatan Pulau Pinang (so excited).Malam tu mama. papa n damia dibawa ke Bukit feringgi melihat barang2 "murah" yang dijual seperti handbag, CD, baju, barang perhiasan dan banyak lagi. Keesokkan harinya (11/12/2008) , kami pegi Pulau Pinang sekali lagi sebab hajat di hati nak naik Cable Car tapi harapan kami musnah...sebab tutup (katanye renovation). So tanpa melengahkan masa, kitaorang terus la ke Kebun Bunga. Tempat yang menarik la jugak. Kata Kak long Kebun Bunga terkenal dengan monyet. So kalau pengunjung datang, pasti akan bwk makanan lebih untuk diberikan kepada monyet2 di situ. Banyak jugak la gambar2 yang sempat kami ambil. Maklum la...bila Damia menangis jer, terpaksa la pegi ke tempat yang lain. Oleh kerana lapar (belum lunch lg), kitaorang pun decide pegi Jusco Penang (kalau x silap kat Seberang Perai). Kami makan Prosperity burger kat McD dengan maklum la dah dekat 2 tahun x dapat makan. Lepas tu kitaorang jalan2 dalam jusco nampak ELMO n Friends tengah buat performance kat atas pentas. kebetulan, Afeef (cousin Damia) memang minat sgt dengan ELMO. Kami juga diberi peluang bergambar dengan ELMO n Friends. Damia pun nampak happy sangat!!!

Thursday, December 4, 2008

My Daughter...






Nak bagitau nie...gambar kat atas dalam blog ni is my daughter. Dia la pengubat duka dan rindu di hati. Her full name is Damia Zahirah Binti Mohd Hamizi. Now she is 10 month old and 9 Januari 2009 nanti genap la setahun usia dia. Sekarang nie, damia dah boleh duduk tanpa merangkak terlebih dahulu. Yang paling dia cekap dan cepat.....BERCAKAP (masa dia 8 bulan lgi)!! Dia dah pandai sebut "cat"(kucing la kan). Kalau nampak je makanan or susu, dia akan cakap "mamam". Kalau nampak ayam lak, dia akan sebut "ken". Bukan setakat tu jer....Damia dah pandai salam n cium tangan dan cium pipi lagi. Seronok rasanya bila nampak perkembangan anak sendiri..!!! Selain tu, Damia sgt suka tgk cermin. Bila nampak muka dia dalam cermin tu, dia akan smile dan membuat memek muka. Itu la serba sedikit tentang Damia yang akan sentiasa membuatkan mama dia nie ketawa and happy!!!

Wednesday, December 3, 2008

First Time!!!

This is my first time buat blog nie....Huhuhu. Itu pun berkat bantuan dari my best pren...Neene Kemp!! So after this, leh la menghilangkan kebosanan dgn meluahkan perasaan dalam blog ni.